Tampilkan postingan dengan label kaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kaki. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 22 Februari 2014

Patung kaki Keluarga tetap ambil tindakan



ALOR SETAR - Keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak tetap akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggung jawab menggantungkan patung kaki kudung tertera perkataan ‘Kaki Azizan’, ketika kempen PRK Dun Sungai Limau.

Anak kelima Allahyarham, Muhammad Rafi’iy Azizan berkata, biar pun Pas mengekalkan kemenangan di Dun Sungai Limau, pihaknya tidak berhasrat membatalkan tindakan perundangan itu supaya menjadi pengajaran pada masa depan.

“Provokasi itu tindakan melampau dan keterlaluan, disebabkan itu kita tetap teruskan tindakan mengikut prosedur perundangan. Laporan polis juga sudah dibuat dan buat masa ini, kita sedang menunggu tinjauan siasatan sebelum ambil tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, pihaknya telah melantik peguam, yang juga anak Allahyarham, iaitu Ahmad Faiq untuk mengendalikan kes itu.

Pada 2 November lalu, penduduk setempat dikejutkan dengan kewujudan patung tanpa kaki oleh pihak tidak bertanggungjawab, yang dikesan di tiga lokasi iaitu berhadapan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN Bukit Besar, Kampung Titi Batu dan Simpang Tiga Sungai Limau Luar digantung pada kabel elektrik.

Mengulas kemenangan Mohd Azam Abdul Samat menggantikan tempat bapanya sebagai Adun Sungai Limau, Muhammad Rafi’iy berkata, kemenangan itu menunjukkan masyarakat di Dun Sungai Limau mahukan tokoh ulama sebagai wakil rakyat.

“Saya sangat bersyukur atas kemenangan Mohd Azam kerana beliau mewakili Pas. Ini pastinya isyarat daripada penduduk bahawa mereka mahu golongan ulama terus menerajui kawasan, seperti dilakukan Allahyarham,” katanya.
ReadFull Article ..

Senin, 16 Desember 2013

Tayar lori tercabut bunuh pejalan kaki

MIRI: Salah satu daripada tayar sebuah lori yang sedang bergerak, tercabut dengan tiba-tiba dan terpelanting sejauh 40 meter sebelum ia menghempap seorang pejalan kaki, di Jalan Krokop 10 di sini, semalam.

Pejalan kaki tersebut, James Looi @ Mohd Firdaus Abdullah yang berusia 49 tahun, meninggal dunia di Hospital Miri kerana kecederaan serius di kepala dan badan akibat kejadian itu.

Menurut jurucakap polis trafik Miri, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 8 pagi, ketika lori itu sedang bergerak menuju ke Krokop 10.

“Mangsa ketika itu sedang berjalan kaki di kawasan sekitarnya, apabila satu daripada tayar belakang lori itu, tiba-tiba tercabut dan melayang lalu menghempap kepala dan badan mangsa,” jelas polis.

Terkejut dengan kejadian itu, orang awam kemudian menghubungi ambulans dan polis yang kemudian membawa mangsa ke Hospital Miri.

Mangsa bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia kerana kecederaan serius di bahagian kepala dan badan.

Dalam pada itu, pemandu lori terbabit ditahan di lokap balai polis Miri untuk siasatan lanjut kes ini.

“Sehubungan itu pihak polis meminta ahli keluarga atau waris mangsa supaya datang ke Hospital Miri atau pejabat kami (polis trafik) untuk pengesahan dan menuntut mayat mangsa,” jelasnya.

Waris boleh menghubungi pejabat polis trafik cawangan Miri di talian 085-433587.
ReadFull Article ..