Tampilkan postingan dengan label musa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label musa. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Februari 2014

Skandal Musa Aman Kini Tersebar Ke Seluruh Dunia!

Friday, November 23, 2012 

 

Akhbar berbahasa Inggeris berpengaruh di Hong Kong, South China Morning Post (SCMP) hari ini menyiarkan laporan berhubung pertemuan antara delegasi Pakatan Rakyat dari Malaysia berjumpa dengan Suruhanjaya Anti Rasuah negara itu (ICAC) semalam bagi mendesak suruhanjaya itu membuka semula siasatan skandal wang RM40 juta yang dibawa jutawan balak Sabah, Michael Chia empat tahun lalu.

Selain disiarkan di dalam keluaran cetak akhbar itu, SCMP turut menyiarkannya di laman web akhbar mereka dalam ruangan City Digest yang turut diterbitkan hari ini dan disiarkan ke seluruh dunia.

Memetik laporan mereka bertajuk Malaysia Delegation Seeks ICAC Inquiry (Delegasi Malaysia Tuntut Siasatan ICAC), delegasi Malaysia itu yang diwakili empat pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan perjumpaan dengan pegawai ICAC dengan membawa bukti baru bagi menyokong permohonan mereka supaya ICAC membuka kembali siasatan mereka yang dikatakan sudah ditutup oleh Menteri di Jabatan Perdana Mentri, Nazri Aziz tahun lalu.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang masih berada di negara bekas tanah jajahan British itu juga memuat naik gambar berhubung laporan SCMP di laman Twitter miliknya sebentar tadi.

Dalam mesejnya, Rafizi menulis:

@rafiziramli: With attention from SCMP, Reuters etc, HK legislators & Alliance (prominent NGO), the RM40m scandal is not going away #fb

@rafiziramli: Dengan perhatian (laporan) dari SCMP, Reuters dan lain-lain, Pegawai Undang-undang dan Perikatan HK, skandal RM40 juta tidak akan hilang lagi #fb

SCMP merupakan akhbar paling luas edarannya di Hong Kong dan Selatan China termasuk pusat kewangan negara itu di Shanghai serta berada pada kedudukan ke-11,184 dunia menurut ranking terbaru Alexa.com yang dikeluarkan semalam.

Pastinya, Musa, Chia dan Nazri akan mendapat perhatian dunia selain Malaysia terpalit sekali lagi dengan skandal memalukan imej negara di peringkat antarabangsa.

Satu sidang media akan diadakan di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, Selangor petang ini sejurus sekembalinya delegasi itu hari ini.

JALAN PULANG

Edisi dalam talian SCMP

Malaysian delegation seeks ICAC inquiry

A four-member delegation of mainly Malaysian legislators yesterday met officials of the Independent Commission Against Corruption to urge the graft-buster to reopen an probe into money laundering that saw Malaysian timber businessman Michael Chai arrested at Hong Kong airport with the equivalent of more than HK$107 million in his possession four years ago. 

Chai was alleged to have laundered money gained from illegal logging activities on behalf of a top government official. 

Delegation member William Leong Jee Keen said: "The ICAC had been investigating Chai … But it stopped the investigation based on information given by the Malaysian Anti-Corruption Commission that the [funds were] a political donation … We are here to demand the ICAC reopen the case."
ReadFull Article ..

Senin, 30 Desember 2013

FAM beri Annuar Musa amaran keras

sinar harian
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
16 Mei 2012
Annuar-Musa
Annuar Musa
KELANA JAYA  - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memberi amaran keras kepada Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa, yang digantung dua setengah tahun, agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti bola sepak.

Ini berikutan Annuar, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), dikatakan telah melanggar kod etika jawatankuasa tatertib dengan menghadiri satu majlis perasmian di Kota Bharu semalam.
ReadFull Article ..