Tampilkan postingan dengan label malaysia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label malaysia. Tampilkan semua postingan

Jumat, 20 Desember 2013

FILIPINA SERAHKAN KEPADA MALAYSIA

JURUCAKAP Presiden Filipina, Edwin Lacierda

MANILA - Pentadbiran Filipina semalam menyatakan nasib Raja Raja Muda Agbimuddin Kiram dan para pengikutnya yang merupakan adik Sultan Jamalul Kiram III di Sabah kini terletak di tangan pihak berkuasa Malaysia selepas mereka enggan meletak senjata dan menyerah diri, lapor portal berita ABS-CBNnews.com semalam

"Malaysia sudah mengambil alih. Terdapat kematian di pihak mereka. Mereka mahu menyelesaikannya mengikut cara mereka," kata jurucakap Presiden Filipina, Edwin Lacierda kepada rancangan Mornings@ANC.

Lacierda berkata, pentadbiran Filipina banyak kali merayu kepada keluarga Kiram supaya meninggalkan Sabah.

Kenyataan itu dibuat selepas beberapa anggota polis Malaysia dan para pengikut raja muda itu mati akibat pertempuran yang berlaku di Lahad Datu.

Katanya, keengganan Kiram telah mengancam kehidupan 800,000 warga Filipina yang hidup dengan aman di Sabah.

Kiram yang mendakwanya sebagai Sultan Sulu telah mengarahkan para pengikutnya pergi ke Sabah pada awal bulan lalu untuk tinggal di sebuah kawasan yang dianggapnya sebagai milik kesultanan tersebut berdasarkan sejarah.

"Kami telah meminta mereka meletakkan senjata dan menyerah diri atau menghadapi kematian. Sekarang keluarga Kiram meminta ketenangan yang sepatutnya dilakukan sebelum ini. Kiram patut membawa pulang pengikutnya dan mengadakan dialog.

"Mereka (para pengikut Kiram) enggan mendengar rayuan kami. Mereka berdegil kerana ingin menuntut hak," tambahnya.

Ditanya apa yang telah dilakukan oleh pemerintah Filipina untuk keluarga Kiram, Lacierda berkata, pihak pemerintah telah memastikan keselamatan 800,000 warganegara itu di Sabah terjamin.

Katanya, pemerintah turut memberi bantuan kepada pengikut keluarga Kiram di Tawi-Tawi dan Sulu.

Lebih 100 pengikut Agbimuddin kini berada di Sabah.

Dalam wawancara itu, Lacierda berkata, pihaknya telah menghantar utusan ke Kiram di Taguig, Manila sebagai usaha meyakinkan beliau untuk mengarahkan pengikutnya menyerah diri.

Antara mereka yang bertemu dengan keluarga Kiram termasuk Penasihat Hal Ehwal Politik Presiden, Ronald Llamas; Penasihat Keselamatan Negara, Cesar Garcia dan Gabenor Wilayah Autonomi Islam Mindanao, Mujiv Hataman.

Lacierda berkata, Kiram kerap bertukar-tukar fikiran semasa peringkat awal rundingan.

Pada satu ketika, Lacierda berkata, pemerintah dan keluarga Kiram hampir mencapai persetujuan sehinggalah satu panggilan telefon mengubah segala-galanya.

Katanya, hasil risikan mendapati terdapat pihak yang sengaja menghasut keluarga Kiram.

"Pada satu ketika kami hampir memeterai perjanjian dan secara tiba-tiba Kiram menghubungi seseorang, kemudian semuanya berubah. Kami sedang menyiasat perkara itu. Presiden berkata, kami tengah mencari siapa pihak itu tanpa menamakan sesiapa. Kamu menghantar 180 pengikut ke Lahad Datu dan menuntut Sabah. Itu tidak realistik," katanya.

Lacierda berkata, banyak pihak menuntut gelaran Sultan Sulu dan Kiram salah satu daripadanya.

Beliau berkata, isteri kepada pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro, Nur Misuari turut menuntut gelaran itu.

Jurucakap itu berkata, bapa Kiram telah dilucutkan gelaran sebagai putera mahkota oleh Sultan Sulu, Ismael Kiram.

Beliau berkata, mengikut catatan sejarah terdapat sembilan pihak menuntut gelaran itu.

Lacierda berkata, terdapat beberapa percubaan oleh pentadbiran Filipina untuk menyatukan kesemua waris dan mengukuhkan tuntutan ke atas Sabah.

Semasa Corazon Aquino menjadi Presiden, beliau cuba menyatukan semua waris tetapi Kiram merosakkan rundingan.

Ketika pemerintahan Presiden Fidel Ramos, Kiram sekali lagi menjadi dalang yang merosakkan rundingan.

Sementara itu, lebih 300 pendatang asing warga Filipina tiba dari Sabah pada malam Sabtu lalu dengan menggunakan feri di Zamboanga.

Menurut agensi berita AP semalam, sejumlah penduduk Filipina yang tinggal di Sabah tiba di sebuah pelabuhan Jolo semalam.

Jolo merupakan ibu negeri wilayah Sulu. - Agensi

SUMBER
ReadFull Article ..

Rabu, 18 Desember 2013

Pencipta Lagu anak Kecil Main Api Disahkan Oleh Mahkamah Tinggi Melakukan Konspirasi Jahat Terhadap Seorang Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia

kerengga

Blog Omak Kau!!!!
Pencipta lagu yang membuat ramai Mak Cik - Mak Cik, Pak Cik - Pak Cik UMNO termasuk anak-anak muda di PWTC menangis teresak-esak, "ANAK KECIL MAIN API" telah didapati menjalankan konspirasi terhadap seorang pensyarah kanan UUM sehingga terbantut dan menyekat kenaikkan pangkatnya.

Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi membayar ganti rugi kepada plaintif, Dr Abdul Halim Mohamed, 46, kerana didakwa melakukan konspirasi terhadapnya sehingga menyebabkan dia tidak dinaikkan pangkat.

Mohd Zaki Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata, satu deklarasi oleh mahkamah mengisytiharkan bahawa plaintif memegang jawatan sebagai Pensyarah Kanan sejak Jun 2008 dan berhak untuk memegang jawatan Profesor Madya berkuat kuasa tiga tahun lalu dari tarikh pelantikan seperti yang ditetapkan kriteria kenaikan pangkat.

“Defendan hendaklah membayar tunggakan gaji dan lain-lain bayaran yang berkaitan kepada plaintif mulai Jun 2008 sehingga sekarang mengikut skala gaji pensyarah kanan dan apa-apa bayaran yang layak plaintif terima berikutan kenaikan pangkat selanjutnya,” katanya.

Peguam, Rahimah Bee yang mewakili Abdul Halim berkata, mahkamah berpuas hati dengan surat kenaikan pangkat plaintif kerana memenuhi syarat yang ditetapkan.

Terdahulu, Abdul Halim memfailkan saman terhadap Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi kerana didakwa melakukan konspirasi terhadapnya.

Pada 2007, plaintif yang ketika itu berkhidmat di UUM sebagai seorang pensyarah di bahagian Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan mengemukakan permohonan kenaikan pangkat ke jawatan pensyarah kanan kepada Majlis Eksekutif Universiti (MEU).





KALAU PADA SEORANG PENSYARAH KANAN YANG MEMPUNYAI MASA DEPAN CERAH PUN DIA SANGGUP LAKUKAN PERKARA YANG JAHAT DAN JIJIK... APALAH SANGAT SEKADAR MENCIPTA LAGU YANG LIRIKNYA SEBAGAI PENGABUR JIWA PARA PENGKAGUM UMNO UNTUK MELIHAT REALITI.
Sumber: omakkau.blogspot.com
-tranungkite-
ReadFull Article ..

Senin, 16 Desember 2013

Elfaeza Hampir Mengalah Tinggal Di Malaysia

Elfaeza Ul Haq

Pelakon kelahiran Singapura, Elfaeza Ul Haq, 28, yang mencipta nama di persada seni Malaysia mengakui hampir berputus asa tinggal di negara ini disebabkan perlu tinggal berjauhan dengan keluarga tersayang.

Pada permulaannya, aktres itu tidak merasakan perubahan disebabkan sudah terbiasa hidup berdikari namun lama-kelamaan dirinya berasa murung disebabkan perkara tersebut.

“Apabila sebatang kara di sini, baru saya faham perbezaannya. Dulu setiap perkara saya ambil sambil lewa kerana keluarga sentiasa di sisi. Suara yang dulu jarang saya endahkan, mula saya rindui.

“Lebih terasa setiap kali pulang ke rumah sewa, tiada siapa yang menyambut. Situasi itu membuat saya murung dan kerap menitiskan air mata.

“Hampir lapan bulan saya begitu dan pernah satu tahap, saya menghubungi teman di Singapura memberitahu saya mengalah dengan dugaan ini.

“Bayangkan ketika di lokasi Adam & Hawa, saya terpaksa berperang dengan diri sendiri. Alhamdulillah, semua itu sudah mampu diatasi,” katanya memetik laporan akhbar Berita Harian.

Pelakon yang kini namanya dikaitkan menjalinkan hubungan istimewa dengan Sharnaaz Ahmad bagaimanapun bersyukur kerana teman pelakon senegaranya, Shah Iskandar banyak membantunya sejak dari mula dia menapak di bandar Kuala Lumpur ini.

Oleh: AUDREY LEE
ReadFull Article ..