Tampilkan postingan dengan label seorang. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label seorang. Tampilkan semua postingan

Jumat, 27 Desember 2013

Ketua dadah dunia ini ternyata seorang model

Di balik paras menawan dan seksi, Angie Sanselmente Valencia, model pakaian dalam, berjaya menyembunyikan peranan sentralnya sebagai dedengkot geng dadah terbesar di dunia. Kini wanita 30 tahun tersebut menjadi buruan interpol. Daftar cekal internasional telah diterbitkan untuk mengejar wanita yang lihai berpose ghairah ini.

Valencia disinyalir merekrut wanita-wanita cantik untuk dimanfaatkan sebagai pengedar dadah   ke Eropah dan Amerika Utara. Sebahagian dari mereka diyakini berprofesi sebagai model pakaian dalam dan model kelas atasan yang pernah menjadi peserta pertandingan ratu cantik. Valencia menyebut pengedar dadah itu sebagai “para malaikat cantik yang tidak pernah dicurigai”. Para curier cantik itu dibayar GBP 1.300   untuk membawa beg berisi kokain dari Kolombia ke Cancun, Mexico, setiap hari.

Berbekal pesona lahiriah dan beberapa di antaranya dikenal sebagai publik figure, dengan mudah mereka lolos dari pemeriksaan di airport. Ketika ini peredaran jaringan dadah Valencia telah mencapai Eropah. Polis  percaya Valencia bersembunyi di suatu tempat di Mexico atau Argentina. Sindiket dadahnya baru terungkap tahun lalu setelah orang suruhannya tertangkap dan bernyanyi kepada polis  kerana ketahuan membawa 55 kilogram kokain di Airport Buenos Aires. Pengedar 21 tahun itu baru mengaku setelah diinterogasi selama 12 jam.

Dari keterangan wanita muda tersebut, polis  kemudian menangkap tiga pengedar lain yang juga direkrut Valencia. Polis  ketika ini menyiasat keterlibatan oknum petugas lapangan terbang dalam jaringan dadah Valencia. Setelah penangkapan itu, Valencia dilaporkan menghilang dari sebuah kamar hotel empat bintang  di Buenos Aires. Tapi dia tetap diyakini berada di wilayah Amerika Selatan.




Last edited by cybogr 
indah.com 
ReadFull Article ..

Rabu, 18 Desember 2013

Pencipta Lagu anak Kecil Main Api Disahkan Oleh Mahkamah Tinggi Melakukan Konspirasi Jahat Terhadap Seorang Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia

kerengga

Blog Omak Kau!!!!
Pencipta lagu yang membuat ramai Mak Cik - Mak Cik, Pak Cik - Pak Cik UMNO termasuk anak-anak muda di PWTC menangis teresak-esak, "ANAK KECIL MAIN API" telah didapati menjalankan konspirasi terhadap seorang pensyarah kanan UUM sehingga terbantut dan menyekat kenaikkan pangkatnya.

Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi membayar ganti rugi kepada plaintif, Dr Abdul Halim Mohamed, 46, kerana didakwa melakukan konspirasi terhadapnya sehingga menyebabkan dia tidak dinaikkan pangkat.

Mohd Zaki Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata, satu deklarasi oleh mahkamah mengisytiharkan bahawa plaintif memegang jawatan sebagai Pensyarah Kanan sejak Jun 2008 dan berhak untuk memegang jawatan Profesor Madya berkuat kuasa tiga tahun lalu dari tarikh pelantikan seperti yang ditetapkan kriteria kenaikan pangkat.

“Defendan hendaklah membayar tunggakan gaji dan lain-lain bayaran yang berkaitan kepada plaintif mulai Jun 2008 sehingga sekarang mengikut skala gaji pensyarah kanan dan apa-apa bayaran yang layak plaintif terima berikutan kenaikan pangkat selanjutnya,” katanya.

Peguam, Rahimah Bee yang mewakili Abdul Halim berkata, mahkamah berpuas hati dengan surat kenaikan pangkat plaintif kerana memenuhi syarat yang ditetapkan.

Terdahulu, Abdul Halim memfailkan saman terhadap Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi kerana didakwa melakukan konspirasi terhadapnya.

Pada 2007, plaintif yang ketika itu berkhidmat di UUM sebagai seorang pensyarah di bahagian Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan mengemukakan permohonan kenaikan pangkat ke jawatan pensyarah kanan kepada Majlis Eksekutif Universiti (MEU).





KALAU PADA SEORANG PENSYARAH KANAN YANG MEMPUNYAI MASA DEPAN CERAH PUN DIA SANGGUP LAKUKAN PERKARA YANG JAHAT DAN JIJIK... APALAH SANGAT SEKADAR MENCIPTA LAGU YANG LIRIKNYA SEBAGAI PENGABUR JIWA PARA PENGKAGUM UMNO UNTUK MELIHAT REALITI.
Sumber: omakkau.blogspot.com
-tranungkite-
ReadFull Article ..