Minggu, 22 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » Awas jualan daging rusa palsu

Awas jualan daging rusa palsu

9 Ogos 2013
NOR AZHAR memberi makanan ternakan rusa di ladangnya di Kuala Nerang baru-baru ini.

KUALA NERANG - Sindiket menjual daging rusa tiruan didakwa semakin berleluasa sehingga menimbulkan kebimbangan kepada para penternak rusa.
Pengusaha Semeliang Agro Farm, Nor Azhar Mohd. Noor, 41, berkata, sindiket itu dipercayai tidak menjual daging rusa asli, sebaliknya menjual daging kerbau yang diimport.

Katanya, daging rusa di pasaran tempatan termasuk di negeri ini dijual pada harga RM25 ke atas sekilogram (kg).
"Penjual daging rusa palsu ini menggunakan jenama daging rusa Lenggong sedangkan apabila kita semak di Lenggong, Perak, pengusaha di situ tidak pernah mengeluarkan daging rusa dalam bentuk paket atau bungkusan.

"Harga yang dijual pula begitu rendah sedangkan harga pasaran untuk daging rusa sekurang-kurangnya RM50 bagi 1kg dan hanya dijual di ladang ternakan," katanya ketika ditemui di Semeliang Agro Farm di sini baru-baru ini.

  kosmo

Tidak ada komentar:

Posting Komentar