Kamis, 19 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » Ibu Dan Anak Tumpaskan Peragut

Ibu Dan Anak Tumpaskan Peragut

Ibu Dan Anak Tumpaskan Peragut


Kuala Terengganu : “Ibu nekad suruh saya kejar peragut walaupun dalam beg saya hanya ada RM100 dan dua telefon bimbit,” kata Nor Suzilamurni Mohamad, 21, menceritakan detik dia diragut di hadapan rumahnya, Selasa lalu.
Nor Suzilamurni dari Kampung Paya Lima Amas, Batu Enam berkata, sebelum kejadian pada jam 10.30 malam, beliau dan ibunya, Rohana Aziz, 39, membeli mi goreng di kedai berhampiran. Perasan ada motosikal ekori
“Saya perasan ada motosikal mengekori kami dalam perjalanan balik, tetapi tidak mengendahkan kerana fikir budak kampung mahu mengusik.

“Tetapi setibanya di depan rumah, motosikal lelaki itu menghimpit motosikal kami ketika saya memperlahankan kenderaan lalu meragut beg dari dalam bakul motosikal.
“Sebaik diragut, ibu suruh saya kejar peragut dan meminta tolong orang kampung. Kami kejar hingga ke Kampung Tebauk, sebelum meminta seorang budak lelaki turut sama mengejar peragut itu.
“Budak itu turut membunyikan hon dan meminta tolong orang kampung menahan peragut dan selepas itu hampir 40 penduduk membantu kami.
Suspek campak beg

“Mungkin kerana takut melihat ramai penduduk membantu, lelaki terbabit mencampak beg saya di hadapan Klinik Bukit Tunggal selepas tiga kilometer dikejar, sebelum ditahan penduduk,” katanya.
Suzilamurni yang bekerja di sebuah pasar raya berkata, sebaik ditahan, suspek dipukul penduduk kerana geram dengan perbuatan itu.
“Dia sempat minta maaf pada saya dan kata tersilap meragut orang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata mangsa bersama ibunya bertindak berani mengejar suspek sebelum meminta bantuan orang kampung.

Katanya, suspek berusia 40 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori dari Tepoh, di sini, diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – Berita Harian

Tidak ada komentar:

Posting Komentar