Minggu, 29 Desember 2013
Browse Manual »
Wiring »
al
»
imam
»
kehilangan
»
munawwarah
»
surau
»
terjawab
»
tok
»
Kehilangan Tok Imam Surau al Munawwarah terjawab
Menceritakan semula kejadian, Mat berkata, dia dalam perjalanan dari rumahnya di tingkat 14 ke surau di aras paling bawah untuk mengimamkan solat Subuh apabila lif dinaikinya berhenti secara tiba-tiba di tingkat sembilan.
Mat berkata, selepas pintu luar lif terbuka sedikit dia menjerit meminta tolong dan seorang penghuni mendengar jeritannya datang membantu.
“Penghuni itu juga tidak berjaya membuka pintu lalu menghubungi pengawal keselamatan yang tiba tidak lama kemudian bersama pasukan bomba,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Badan Pengurusan Bersama (JMB) apartmen berkenaan ketika dihubungi berkata, masalah lif rosak berlaku disebabkan kegiatan tidak bertanggungjawab segelintir penghuni melakukan vandalisme.
Kehilangan Tok Imam Surau al Munawwarah terjawab
Isnin, 5 November 2012 myMetro
PETALING JAYA: Tanda tanya kehilangan imam Surau al-Munawwarah, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, yang tidak muncul ketika solat Subuh di surau berkenaan terjawab apabila dia kemudian dikesan terperangkap kira-kira 45 minit dalam lif, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.45 pagi itu, imam berkenaan, Mat Jusoh, 52, terperangkap di tingkat sembilan bangunan setinggi 18 tingkat itu sebelum dikeluarkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang dihubungi selepas mendapat panggilan kecemasan.
Menceritakan semula kejadian, Mat berkata, dia dalam perjalanan dari rumahnya di tingkat 14 ke surau di aras paling bawah untuk mengimamkan solat Subuh apabila lif dinaikinya berhenti secara tiba-tiba di tingkat sembilan.
“Saya panik kerana ini kejadian pertama berlaku terhadap saya, tambahan pula bersendirian dalam lif ketika itu. Saya cuba membuka pintu dari dalam tapi hanya boleh buka pintu sebelah dalam tapi gagal buka lapisan pintu luar,” katanya.
Mat berkata, selepas pintu luar lif terbuka sedikit dia menjerit meminta tolong dan seorang penghuni mendengar jeritannya datang membantu.
“Penghuni itu juga tidak berjaya membuka pintu lalu menghubungi pengawal keselamatan yang tiba tidak lama kemudian bersama pasukan bomba,” katanya.
Mat dikeluarkan jam 6.30 pagi dan berharap pihak pengurusan bangunan memandang berat masalah itu kerana bimbang kejadian sama berulang.
Sementara itu, jurucakap Badan Pengurusan Bersama (JMB) apartmen berkenaan ketika dihubungi berkata, masalah lif rosak berlaku disebabkan kegiatan tidak bertanggungjawab segelintir penghuni melakukan vandalisme.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar